Kertas siasatan kes mayat wanita dalam gaung diserah pada TPR
Kertas siasatan berhubung kes penemuan mayat wanita di dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Lama Bukit Putus, Paroi di Seremban telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya, kata Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof.
“Kertas siasatan dah selesai, hanya tunggu arahan (TPR), kita dah hantar baru-baru ini,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.
Pada 20 Mac lepas, mayat wanita dipercayai warga tempatan berkenaan ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh seorang lelaki ketika berjoging dan mengambil gambar di kawasan tersebut.
Susulan kejadian itu, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun serta seorang wanita berusia 18 tahun yang mempunyai talian persaudaraan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Nanda berkata reman ke atas lelaki berusia 41 tahun dan wanita itu dilanjut hingga 16 April ini manakala seorang lagi lelaki hingga esok selepas tempoh reman ketiga-tiga mereka berakhir semalam.
Dia berkata mereka juga direman susulan penemuan satu rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud, di Seremban pada 7 April lepas yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan mereka.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai