Skip to main
Logo Malaysiakini

10,052 kes baru, 22 lagi korban Covid-19

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 10,052 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 4,352,611 kes.

Kes aktif kini berjumlah 120,593, turun 41.7 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sehingga semalam, kadar kebolehjangkitan (Rt) ialah 0.84. Rt di bawah 1.00 menunjukkan penularan Covid-19 semakin berkurangan.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (6,156)

Kuala Lumpur (716)

Negeri Sembilan (552)

Perak (470)

Pulau Pinang (345)

Johor (318)

Kedah (302)

Sarawak (295)

Terengganu (205)

Pahang (176)

Sabah (158)

Melaka (144)

Kelantan (128)

Putrajaya (56)

Perlis (16)

Labuan (15)

Sementara itu sebanyak 22 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana enam daripadanya berlaku di luar hospital (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata 24.4 orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak itu, manakala purata 48 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu, sekali gus menunjukkan trend penurunan.

Sejak wabak berkenaan melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,363 kematian direkodkan.

Sebanyak 380 kes kematian direkodkan setakat bulan ini berbanding 2,235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian pada Februari.

Kematian tertinggi dilaporkan di Selangor (7) diikuti Melaka (3), Perak (3), Johor (2), Kedah (2), Pahang (2), Kelantan (1), Sabah (1) dan Kuala Lumpur ( 1).

Sementara itu, seramai 2,599 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 161 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kadar kemasukan ke hospital menurun seiring dengan penurunan kes harian baru.