Skip to main
Logo Malaysiakini

Kumpulan rentan diberi pilihan dos penggalak kedua

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kerajaan mengumumkan bahawa individu berumur di 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi dan mereka yang berumur lebih 12 tahun tetapi dikategorikan sebagai kumpulan rentan akan diberi pilihan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 kedua.

Pada sidang media hari ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata mereka yang berumur lebih 60 tahun tanpa komorbiditi juga boleh memilih untuk mendapatkan dos tambahan atas nasihat pakar perubatan.

Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang menerima dos penggalak tetapi dijangkiti Covid-19 juga layak mendapat dos penggalak kedua, tiga bulan selepas pulih sepenuhnya.

Individu yang berminat untuk melancong juga layak mendapat dos penggalak kedua.

Khairy berkata, ini kerana sesetengah negara Eropah, seperti Jerman, Iceland dan Republik Czech tidak mengiktiraf Sinovac dan Sinopharm sebagai dos primer atau penggalak.

Semua dos penggalak yang akan diberikan adalah vaksin Pfizer Covid-19.

[Baca berita penuh]