Skip to main
Logo Malaysiakini

Suhakam: Ejen kerajaan tak terlibat dalam kes kehilangan paderi Joshua 

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyimpulkan bahawa tiada pegawai kerajaan atau ejennya terlibat dalam kes kehilangan paderi Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Sitepu.

Kesimpulan ini berbeza dengan kes aktivis Perlis Amri Che Mat dan paderi Raymond Koh yang masing-masing hilang pada 2016 dan 2017 - bahawa ia melibatkan anggota polis Cawangan Khas.

Panel tiga anggota inkuiri Suhakam hari ini mengumumkan bahawa mereka mendapati Joshua dan Ruth diculik orang individu tidak diketahui pada 2016.

Semasa membacakan laporan, Pesuruhjaya Suhakam Mohd Hishamudin Md Yunus mengaitkan kehilangan pasangan itu dengan kegiatan keagamaan mereka.

Mohd Hishamudin Md Yunus

Ini termasuk penglibatan Joshua dalam penyebaran mesej Kristian terhadap umat Islam dan komen sensitifnya di media sosial, kata Mohd Hishamudin.

Hishamudin berkata Joshua dilahir dan dibesarkan sebagai orang Islam tetapi memeluk agama Kristian pada 2003 di Singapura.

“Dapatan panel mendapati tiada tangkapan atau penahanan rasmi dan penculikan dibuat terhadap terhadap Joshua dan Ruth, oleh itu kami tidak dapat menyimpulkan perkara itu,” katanya.

[Baca berita asal]