Skip to main
Logo Malaysiakini

9,673 kes baru, 16 lagi korban

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 9,673 kes baru Covid-19, menjadikan jangkitan kumulatif kepada 4,372,697 kes.

Pihak berkuasa kesihatan juga merekodkan 16 kematian baru semalam, menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,397.

Kes aktif menurun sebanyak 4,594 kepada 113,176.

Kes baru mengikut negeri:

Selangor (6,184)
Kuala Lumpur (683)
Perak (505)
Negeri Sembilan (504)
Johor (313)
Pulau Pinang (302)
Melaka (263)
Kedah (189)
Sarawak (189)
Terengganu (148)
Pahang (132)
Sabah (101)
Kelantan (77)
Putrajaya (59)
Perlis (14)
Labuan (10)

Daripada 16 kematian baru hari ini, lima meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

Terdapat 414 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 2,235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian pada Februari.

Terdapat 2,281 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 152 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Sehingga 14 April, R-naught adalah pada 0.86, menunjukkan bahawa penularan Covid-19 semakin perlahan. Nilai R-naught mesti dikekalkan di bawah 1.0 untuk mengelakkan pertumbuhan eksponen dalam kes.