Mahkamah: Rafizi beri ‘komen adil’ terhadap NFC
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
Mahkamah Persekutuan memutuskan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tidak memfitnah Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd ( NFCorp) Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya susulan dakwaan salah guna dana kerajaan.
Mahkamah memutuskan bekas anggota parlimen Pandan membuat kenyataan itu tanpa niat jahat dan membuat komen berkaitan secara adil, menurut Bernama.
Rafizi juga, menurut mahkamah, setelah percaya dengan jujur bahawa dakwaannya benar, menjalankan tugas untuk mendesak ketelusan dalam penggunaan dana awam.
Salleh pada 2013 memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi kerana mendakwa dia dan NFCorp menggunakan pinjaman RM71 juta daripada kerajaan sebagai cagaran untuk membeli hartanah di Kuala Lumpur.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai