Skip to main
Logo Malaysiakini

PM: Tak pasti PASleaks sahih atau palsu

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata dia tidak pasti sama ada dokumen PASleaks itu sahih atau palsu.

Kenyataan naib presiden Umno itu di tengah desakan rakan-rakan Ismail dalam parti untuk mendapatkan penjelasan mengenai dokumen berkenaan, yang didakwa mendedahkan konspirasi terhadap parti itu.

"Kita pun tidak tahu sama ada dokumen itu betul ke tidak betul," kata Ismail kepada pemberita secara ringkas di Putrajaya ketika diminta mengulas.

Dokumen PASleaks itu mengandungi dakwaan ringkasan pertemuan dikatakan antara Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar dan seorang lagi pemimpin parti dengan tokoh politik lain antara 24 Mac dan 7 April.

Menurut dokumen itu, seorang ahli politik memberitahu pemimpin PAS bahawa "peguam negara dan ketua hakim negara telah bersetuju untuk mempercepatkan sabitan kes dan hukuman" terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan prosiding mahkamah bekas perdana menteri Najib Razak.

Ia juga membincangkan masa depan Ismail sebagai perdana menteri.

Dokumen itu dilaporkan tersebar dalam kelompok politik selama beberapa hari, tetapi mendapat perhatian apabila diterbitkan oleh laman web yang dikenali sebagai Malaysia Hot.

Samsuri telah mengaku bertemu beberapa orang yang dinamakan dalam konspirasi itu, tetapi menafikan dakwaan dalam dokumen yang difikatkannya "sampah" dan malahan telah salah mengeja namanya.

Badan kehakiman juga menafikan bersubahat untuk mempercepatkan kes Zahid dan Najib.

[Baca berita penuh]