Skip to main
Logo Malaysiakini

Lagi rakyat M’sia akan digantung di Singapura, LFL gesa batal

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) mendesak kerajaan Singapura segera menarik balik notis hukuman mati terhadap rakyat Malaysia Datchinamurthy Kataiah pada 29 April.

Penasihat LFL N Surendran berkata, keluarga Datchinamurthy yang tinggal di Johor menerima khabar itu melalui surat daripada jabatan penjara republik itu, hari ini.

Surendran berkata LFL terkejut dengan keputusan itu kerana masih terdapat cabaran undang-undang berkatian di Mahkakah Tinggi Singapura yang akan didengar pada 20 Mei.

Katanya, Datchinamurthy kini dipenjarakan di Penjara Changi sejak 2015 setelah disabitkan menyeludup 44.96 gram diamorphine - bahan untuk menghasilkan heroin.

“Ini jelas satu diskriminasi, rakyat Singapura yang dituduh bersamanya tidak dikenakan hulkuman mati susulan sijil khas (special certificate) peguam negara Singapura,” katanya.

[Baca berita asal]