Skip to main
Logo Malaysiakini

Saya tak percaya Amirudin - Farhash

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Bekas Pengerusi PRK Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata dia mencabar Amirudin Shari untuk jawatan ketua cabang PKR Gombak kerana tidak percaya terhadap menteri besar Selangor itu.

“Menteri besar watak penting di Selangor. Saya akui sumbangan beliau kepada parti, bahagian Gombak, dan negeri.

“Tapi ini soal kepercayaan. Saya tak percaya pada Amirudin," katanya seperti dilapor FMT.

Bekas pembantu Presiden PKR, Anwar Ibrahim, itu berkata dia juga membuat cabaran berkenaan untuk menentukan apakah ketua cabang PKR Gombak itu mendapat sokongan dan kepercayaan akar umbi.

Katanya, bertanding jawatan tertinggi PKR Gombak itu bukan semata-mata kerana Amirudin, tetapi juga untuk meningkatkan peluang parti mempertahankan Selangor pada PRU15.

“Sudah tentu kemenangan saya di Gombak akan melemahkan Amirudin, tapi beliau tidak perlu bimbang sekiranya dia kuat dan disokong akar umbi,” katanya.

Farhash berkata PKR Gombak ‘retak’ selepas Ahli Parlimennya, Azmin Ali, dan Adun Gombak Setia, Hilman Idham, keluar parti dan menyertai Bersatu, susulan Langkah Sheraton pada 2020.

Amirudin terpilih sebagai ketua cabang PKR Gombak dalam pemilihan 2018, menewaskan Nizam Md Saad dengan 1,115 undi.

Farhash akan bersaing untuk merebut jawatan naib presiden PKR bersama 16 yang lain termasuk Amirudin, Ketua Wanita Fuziah Salleh, dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.