Skip to main
Logo Malaysiakini

4,006 kes baru Covid-19, terendah sejak 24 Jan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sebanyak 4,006 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul jangkitan wabak berkenaan meningkat kepada 4,431,073 kes.

Ini merupakan jumlah terendah direkodkan sejak 24 Jan apabila 3,214 kes baru dilaporkan pada waktu itu.

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan kes aktif Covid-19 kini berjumlah 74,753, turun sebanyak 44.4 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes jangkitan baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (2,281)

Kuala Lumpur (439)

Negeri Sembilan (261)

Pulau Pinang (179)

Perak (170)

Sarawak (112)

Johor (111)

Kedah (105)

Melaka (87)

Putrajaya (72)

Pahang (65)

Sabah (60)

Terengganu (35)

Kelantan (20)

Perlis (7)

Labuan (2)

Sebanyak 8 lagi kematian dilaporkan semalam, namun tiada kematian yang berlaku di luar hospital.

Sepanjang minggu lalu, purata seramai 11 orang meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 26 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari.

Sebanyak 35,499 kematian direkodkan sejak wabak itu melanda pada Mac 2020.

Sebanyak 516 kematian Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini berbanding 2,235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian pada bulan sebelumnya.

Negeri yang mencatatkan kematian tertinggi ialah Selangor (2) diikuti Johor (1), Melaka (1), Pahang (1), Sarawak (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).

Sementara itu, sebanyak 1,627 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 98 daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Jumlah kemasukan ke hospital yang tertinggi dicatatkan di Selangor (172) diikuti Johor (92) dan Sabah (62).