Skip to main
Logo Malaysiakini

MTUC: Klausa kesihatan, keselamatan perlu dimasukkan dalam Perjanjian Kolektif

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa majikan dan kesatuan memasukkan klausa kesihatan dan keselamatan di dalam Perjanjian Kolektif.

Naib Presiden MTUC Matkar Siwang dalam satu kenyataan hari ini berkata pemasukan klausa berkenaan di dalam Perjanjian Kolektif menunjukkan keprihatinan dan komitmen majikan kepada keselamatan pekerja yang menjadi keutamaan kepada isu kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

“Dalam sesuatu pertubuhan tanpa kesatuan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) harus memantau syarikat supaya mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi memastikan aspek keselamatan tidak dikompromi,” katanya.

MTUC juga telah mengatur sebuah program bersempena Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa pada 28 April ini dengan tema “Jadikan Kerja Sihat dan Selamat, Satu Hak Asasi” yang akan berlangsung pada Mei ini.

Menurut Konfederasi Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC), 8.1 juta pekerja menemui ajal di tempat kerja mereka.

- Bernama