Skip to main
Logo Malaysiakini

AG digesa bentuk pasukan petugas siasat hakim Nazlan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Peguam negara digesa membentuk pasukan petugas untuk menyiasat tuduhan melibatkan hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Peguam Haniff Khatri berkata ini perlu kerana terdapat pertindihan siasatan oleh SPRM dan polis.

“Perkara pertama yang perlu disahkan adalah sama ada dakwaan yang dibuat dalam (laman web) Malaysia Today adalah benar,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, sekiranya dakwaan laman web itu tidak berasas, tindakan perlu diambil terhadap penulisnya.

Bagaimanapun Haniff berkata sekiranya tuduhan berkenaan mempunyai asas, SPRM mempunyai alasan untuk menyiasat hakim berkenaan.

Pasukan petugas itu katanya, akan memastikan laporan kepada SPRM dan laporan polis dapat disiasat serentak.

SPRM sebelum ini mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap Nazlan selepas menerima laporan yang dibuat oleh Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) pada 11 Mac.

PSUAM membuat laporan itu berdasarkan dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim, Leissner di mahkamah AS.

Menurut kumpulan itu keterangan Leissner mengaitkan Hakim Nazlan dengan perjanjian 1MDB yang melibatkan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd pada 2012.

Pada masa itu, Nazlan bertugas di Maybank. Dia menyertai badan kehakiman pada 2017 sebagai pesuruhjaya kehakiman.

Tuduhan terhadap Nazlan mendapat perhatian selepas Malaysia Today menyiarkan artikel pada 21 April, menuduh Nazlan menerima RM2 juta daripada Jho Low.

Keesokan harinya, Nazlan membuat laporan polis menafikan dakwaan tersebut.

Haniff berkata tiada siapa yang mengatasi undang-undang, termasuk hakim.

Justeru, katanya, kritikan terhadap pihak berkuasa kerana menyiasat hakim berkenaan adalah tidak wajar.

Haniff berkata pengkritik mendakwa hakim hanya boleh diteliti melalui tribunal.

Bagaimanapun katanya tribunal hanya berfungsi untuk memecat hakim atas kesalahan.

"Tapi alegasi jenayah perlu disiasat oleh pihak berkuasa. iaina tidak boleh diambil alih oleh tribunal. tribunal tidak akan mempunyai kuasa untuk mengambil

pertuduhan berkaitan siasatan tersebut. ini pun pemimpin2 politik kena faham terlebih dahulu.