Skip to main
Logo Malaysiakini

PNB yakin kepimpinan pengerusi baru Sapura Energy

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Permodalan Nasional Bhd (PNB) meyakini kepimpinan pengerusi yang baru dilantik iaitu Mohammad Azlan Abdullah dalam mengemudi Sapura Energy Bhd (SEB) melalui proses penstrukturan dan pemulihan syarikat.

Dalam satu kenyataan hari ini, PNB berkata ia menyokong keputusan lembaga pengarah SEB mengenai pelantikan Azlan sebagai pengerusi berkuat kuasa 7 Mei, 2022.

Dalam pada itu, pengurus dana itu mengucapkan terima kasih kepada Shamsul Azhar Abbas atas khidmatnya.

"Dia telah memainkan peranan penting dalam membimbing SEB mendepani tekanan pandemik Covid-19 dan peralihan kepimpinan baru-baru ini di SEB," katanya.

PNB mengesahkan Shamsul terdahulu telah menyatakan persaraannya sebagai pengarah nomini PNB dan pengerusi SEB.

-Bernama