PH sukar menang PRU15, tak maksud saya putus asa - Nurul Izzah
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berpendapat bahawa Pakatan Harapan (PH) masih mempunyai peluang membuat kejutan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Katanya, dia masih tidak putus asa dengan perjuangan PH dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, walaupun sebelum ini meramalkan bahawa PH memerlukan sekurang-kurangnya dua lagi PRU untuk menawan semula Putrajaya.
"(PRU akan diadakan) sama ada tahun ini atau maksimumnya tahun depan.
"Jadi, sudah tentu kita ada peluang yang sangat cerah kalau pengundi atas pagar keluar.
"Tapi, kalau pengundi atas pagar tak keluar? Saya hanya mencoretkan, saya mengisahkan senario terburuk," katanya dalam wawancara bersama portal Sinar Harian.
Sebelum ini, Nurul Izzah yang adalah anak sulung ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Ismail berkata PH akan tewas dua lagi pusingan pilihan raya umum sebelum menguasai semula Putrajaya yang dimenangi pada 2018.
Menurutnya, untuk melakukan dengan jayanya perbezaan produk ia akan mengambil masa kerana ‘rakyat masih trauma’ dengan apa yang berlaku semasa PH menjadi kerajaan selama 22 bulan.
Bagaimanapun, katanya PH harus bersedia dengan sebarang kemungkinan.
"Sebagai salah seorang Generasi X yang telah melihat gunung-gunung politik berapi yang dah meletup pun, dari 2004 sampai tinggal satu kerusi.
"Sudah tentu, bila kita tengok, kita kena sentiasa berhati-hati dan harus bersedia dengan sebarang kemungkinan.
"Mungkin itu cara saya tapi tak bermaksud saya putus asa," katanya.
Dia juga memohon maaf sekiranya komen PH sukar menang PRU15 itu telah "mengguris hati sesiapa."
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai