Trafik lebuh raya utama ke KL masih sesak
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan
Aliran trafik menghala ke ibu kota di lebuh raya utama masih mengalami kesesakan berikutan warga kota mula pulang selepas cuti Aidilfitri di kampung masing-masing.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 10 malam tadi, trafik di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Kuala Lumpur sesak di Bukit Tambun ke Jawi, Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Simpang Pulai ke Gopeng dan dari kawasan mendaki di Gua Tempurung hingga ke Sungkai.
"Trafik turut sesak di Pedas Linggi menuju Port Dickson, Pagoh ke Jasin, Melaka dan Simpang Ampat ke Port Dickson," katanya kepada Bernama.
Beliau juga berkata bagi laluan dari timur, trafik sesak selepas Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai