Skip to main
Logo Malaysiakini

Saya cabar tuduhan kata amah dirasuk hantu - Hermono

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata akan menuntut keadilan bagi pihak pembantu rumah atau amah yang tidak dibayar gaji, didera dan dipecat oleh majikannya yang mendakwa bahawa wanita dari Indonesia itu 'dirasuk hantu'.

Setelah menemu bual wanita itu sendiri, Hermono memberitahu Malaysiakini: "Saya akan berjuang sehingga keadilan ditegakkan."

Katanya, Kedutaan Indonesia juga telah membuat laporan polis ke atas bekas majikan itu dan mendakwa tindakan bekas majikan tersebut sebagai serangan jenayah.

"Saya akan cabar dakwaan kononnya dia dirasuk hantu atau tidak stabil," kata Hermono.

Dia juga mencadangkan kepada polis supaya menjalankan penilaian psikiatri jika mereka percaya dakwaan bekas majikan Ningrat (bukan nama sebenar) tidak stabil dari segi mental.

Ketika Ningrat, 47 mendakwa dirinya didera, majikannya pula berkata bahawa dia bimbang terhadap keselamatan keluarganya selepas wanita itu berkelakuan seolah-olah dia "dirasuk hantu" enam bulan selepas bekerja.

Majikannya, Harlem Shah, 46, juga mendakwa lebam di muka Ningrat ketika diselamatkan oleh polis adalah “solekan”.

Sementara menunggu polis mendapatkan perintah perlindungan sementara, pihak kedutaan telah menghubungi seorang peguam yang akan menemani Ningrat semasa soal siasat.

Hermono menambah bahawa kes itu juga telah difailkan dengan Jabatan Buruh untuk menuntut tunggakan gaji empat tahun yang belum dibayar.

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa ibu pejabat polis Sentul sedang menyiasat kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan secara sengaja.

"Dia (Ningrat) sudah boleh bertutur dengan baik, boleh makan di rumah perlindungan kami," kata Hermono.

[Baca berita penuh]