Putin: Operasi ke Ukraine 'satu-satunya keputusan tepat'
GLOBAL | Operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine adalah untuk menghalang pencerobohan ke atas wilayahnya dan ia "satu-satunya keputusan yang tepat", kata Presiden Vladimir Putin pada Isnin.
Berucap pada sambutan ke-77 Victory Day di Red Square, Moscow, Putin berkata tentera berjuang untuk penduduk di Donbass dan keselamatan Rusia, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Tahun lalu kami mencadangkan negara NATO menandatangani perjanjian keselamatan, tetapi mereka enggan mendengar cadangan kami, mereka mempunyai rancangan yang berbeza, dan serangan ke atas Crimea sedang diatur.
"Perikatan itu memulakan gerakan ketenteraan di wilayah-wilayah yang bersebelahan dengan kami... pertembungan dengan neo-Nazi tidak dapat dielakkan,” katanya.
Pada sambutan itu Putin turut bertafakur selama seminit untuk menghormati mereka yang terkorban dalam mempertahankan tanah air.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai