Ribut di Gemencheh: 10 pokok tumbang, tiga rumah rosak
Hujan lebat berserta ribut menyebabkan tiga rumah penduduk di Kampung Gedok, Gemencheh, dekat Seremban mengalami kerosakan petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh Norfaizal Ahmad berkata kejadian pada pukul 4.50 petang itu, mengakibatkan sebahagian bumbung rumah penduduk tercabut diterbangkan angin kuat selain ada rumah yang ditimpa pokok tumbang.
"Ribut turut menyebabkan 10 pokok tumbang di jalan utama Gemencheh-Gemas dan jalan Kampung Gedok membuatkan kawasan itu ditutup sementara.
"Namun, kerja-kerja pengalihan pokok telah dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di Seremban.
Bagaimanapun, beliau berkata tiada mangsa dilaporkan cedera setakat ini.
Norfaizal berkata butiran keadaan rumah yang terjejas telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan selanjutnya dan menasihatkan penduduk supaya sentiasa berjaga-jaga dengan bahaya elektrik serta runtuhan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai