PM Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa letak jawatan
GLOBAL | Perdana Menteri Sri Lanka Mahinda Rajapaksa meletak jawatan pada Isnin ketika protes antikerajaan masih berterusan.
"Berkuat kuasa serta-merta saya meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri," ciapnya di Twitter.
Sebelum ini media melaporkan Presiden Gotabaya Rajapaksa, adik kepada Mahinda, meminta beliau berundur bagi menyelesaikan krisis ekonomi yang sedang melanda.
"Krisis ekonomi yang kita hadapi memerlukan penyelesaian ekonomi, pihak pentadbiran komited untuk selesaikannya," kata Mahinda dalam catatan media sosial sebelum ini.
Sambil mengakui bahawa kemelut kian memuncak di Sri Lanka, beliau menggesa rakyat "untuk bersabar dan mengelak daripada melakukan keganasan."
Sementara itu, Yoshitha Rajapaksa, anak lelaki Mahinda Rajapaksa berlepas ke Singapura pada Isnin, lapor media Sri Lanka.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai