Skip to main
Logo Malaysiakini

K'jaan akan tamatkan sistem ekuota FWCMS ambil pekerja asing

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kementerian Sumber Manusia sedang menamatkan modul ekuota Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) dalam proses pengambilan pekerja asing.

Sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkan arahan penamatan itu dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Sumber Manusia Semenanjung Malaysia (JTKSM) Asri Ab Rahman dalam memo dalaman bertarikh 9 Mei 2022, yang dilihat oleh Malaysiakini.

Dalam memo itu, Asri berkata berikutan penubuhan jawatankuasa khas sementara yang bertujuan mempercepatkan proses kelulusan kuota pekerja asing, semua majikan yang ingin mengambil pekerja asing kini dikehendaki menghadiri sesi temu duga di pusat sehenti Kementerian Sumber Manusia.

"Penubuhan Jawatankuasa Khas Sementara ini secara tidak langsung telah mengubah prose dan penglibatan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam pengendalian permohonan penggajian pekerja asing menerusi modul FWCMS.

Pengarah JTKSM Asri Ab Rahman

"Menerusi arahan Kementerian Sumber Manusia bertarikh 6 Mei 2022, semua permohonan penggajian pekerja asing sedang diproses atau masih dalam tindakan JTKSM sama ada di peringkat Pejabat Tenaga Kerja (PTK) cawangan dan ibu pejabat hendaklah dihentikan serta-merta," kata Asri pada memo itu.

Arahan ini terpakai serta-merta sehingga terdapat arahan lanjut yang akan dikeluarkan, jelasnya lagi.

Modul e-kuota membolehkan majikan memohon kuota pekerja asing dengan kerajaan mengesahkan dan meluluskan permohonan secara dalam talian.

Pada 12 April bahawa Saravanan berkata sebanyak 179,451 permohonan untuk mengambil pekerja asing dalam lima sektor akan diproses dan diluluskan dalam tempoh enam minggu.

Lima sektor itu ialah pembinaan, pertanian, perladangan, pembuatan dan perkhidmatan.

[Baca berita asal]