Exco saran doktor pelatih kerja 42.5 jam, bukan 70 jam seminggu
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mengkaji semula syarat maksimum 70 jam seminggu untuk doktor pelatih, seperti mengikut garis panduan kementerian itu.
Dia membandingkan ini dengan hospital awam di Australia, yang mewajibkan doktor di negara itu hanya bekerja 85 jam dalam dua minggu atau 42.5 jam seminggu.
“Paling lama junior doktor kerja di Australia dalam 50 - 55 jam seminggu. Dan ada undang-undang minimum 8 jam rehat. Ada sistem syif.
"Kita perlu kaji semula keadaan dan persekitaran sistem penjagaan kesihatan kita," katanya memetik cadangan itu.
Ini adalah antara 13 cadangan yang dikemukakannya kepada KKM untuk dipertimbangkan oleh pasukan petugas yang menyiasat kematian seorang doktor pelatih di Pulau Pinang dan dakwaan buli di kalangan pengamal perubatan.
Dalam satu kenyataan semalam, Norlela berkata, cadangan itu dikemukakan oleh beberapa doktor yang menghubunginya.
Kekurangan dana
Katanya, dia telah membincangkan 13 cadangan itu dengan jabatan kesihatan Pulau Pinang, dan diberitahu dia boleh memohon kepada pengarah kesihatan negeri dan menteri kesihatan untuk menjemput doktor-doktor tersebut untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa kesihatan.
Cadangan itu turut menyentuh tentang kekurangan dana dalam sistem penjagaan kesihatan awam, yang disifatkan oleh Norlela amat bergantung kepada dana awam.
“Apa yang Malaysia perlukan adalah ‘Medicare’ atau sistem insurans seperti di Australia atau Singapura.
“Bagaimanapun, ini membawa risiko kesan politik yang besar. Oleh itu, ia mesti diubah suai untuk memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan daripada mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan golongan kaya tidak terlepas dengan hanya membayar RM1,” katanya.
'Medicare' Australia dibiayai oleh surcaj cukai pendapatan, yang ketika ini adalah dua peratus daripada pendapatan bercukai pembayar cukai pemastautin.
Norlela juga berkata terdapat kekurangan hospital di negara ini, menekankan bahawa Seremban hanya mempunyai satu hospital awam milik kerajaan untuk menampung seluruh bandar itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai