Kerajaan siasat 7 doktor 'pembuli'
Kesemua tujuh doktor yang didakwa membuli doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang (HPP) akan disiasat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Ketika ditemui pemberita pada majlis Hari Jururawat Antarabangsa di Putrajaya, Khairy mengesahkan menerima senarai nama tersebut.
Tambahnya, pasukan petugas khas bersama unit integriti KKM akan menjalankan siasatan.
"Apabila nama-nama ini muncul, mereka mesti disiasat melalui unit integriti kami, siasatan disiplin yang biasa.
"Apabila siasatan selesai, laporan berhubung pertuduhan itu akan disediakan. Pada masa ini, kita menerima banyak tuduhan. Doktor dan pakar yang dikatakan membuli doktor junior.
"Jadi untuk berlaku adil kepada semua pihak, kita mesti melalui proses yang teliti yang kemudiannya akan dibawa kepada saya supaya itu proses dalaman, yang biasa kita lakukan," kata Khairy kepada pemberita.
Tambahnya, senarai nama pasukan petugas khas itu akan diumumkan esok, sambil menambah bahawa dia tidak akan mempengerusikannya.
Katanya, siasatan akan mengambil masa beberapa minggu, memandangkan tuduhan berat dibuatnya.
Pada 6 Mei, Kementerian Kesihatan mengumumkan akan menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat kematian doktor pelatih itu di Pulau Pinang dan dakwaan buli dalam profesion perubatan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai