Skip to main
Logo Malaysiakini

Abdul Somad pelampau, dakwa Singapura

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Singapura mengesahkan penceramah popular Abdul Somad disekat daripada memasuki negara itu dan dihantar semula ke Batam, Indonesia.

Kementerian Dalam Negeri republik itu juga mengesahkan enam orang yang tiba bersama Abdul Somad melalui terminal feri Tanah Merah dikembalikan ke negara asal.

Kementerian itu mendakwa Abdul Somad dikenali sebagai “pelampau dan pendukung dasar pemisahan”, yang sama sekali tidak boleh diterima Singapura sebagai negara pelbagai kaum dan agama.

“Sebagai contoh, Samad berceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dikira sebagai operasi ‘syahid’.

“Dia juga membuat komen memburukkan penganut agama lain, seperti Kristian, dengan menggambarkan salib Kristian sebagai tempat tinggal jin kafir,” kata kementerian seperti dilaporkan CNA.

Singapura juga berkata Abdul Somad secara terbuka merujuk orang bukan Islam sebagai kafir.

Abdul Somad semalam mempertikaikan pengusirannya daripada negara itu, menuntut penjelasan dan menyifatkan negara itu sebagai sombong.

Dia percaya sekatan terhadapnya mungkin berkaitan dengan larangan sama di Timor Leste pada 2018 ketika namanya dimasukkan ke dalam senarai pengganas.

Bagaimanapun, dakwanya, dia menjadi mangsa percaturan politik menjelang pilihan raya presiden Indonesia.

Abdul Somad mendakwa Indonesia memberi makluamt tidak tepat bagi mengelakkan dia memasuki Timor Leste dan berkempen bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden kepada warga Indonesia di sana.