Skip to main
Logo Malaysiakini

Jutaan data pengguna dijual atas talian, maklumat menteri KDN jadi ‘sampel’

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Jutaan rekod daripada pangkalan data MyIdentity milik kerajaan didakwa dijual di atas talian.

Penjual yang hanya dikenali sebagai actifedot mengiklankan jualan data itu dalam laman forum penggodam breached.co pada 29 April.

Sebagai bukti, penjual memasukkan “sampel” rekod didakwa milik Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dan sebahagian maklumat, iaitu nombor telefon dan alamat.

Harga jualan bermula dari AS$10,000 (RM43,950).

Hamzah Zainudin

Sistem MyIdentity dibangunkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu)–agensi bawah Pejabat Perdana Menteri–pada 2011.

MyIdentity membolehkan maklumat peribadi dikongsi oleh pelbagai agensi kerajaan.

Ini kali kedua data peribadi dari MyIdentity dijual sejak akhir tahun lepas. 

Jualan itu diketahui oleh rakyat Malaysia selepas data seorang artis popular negara turut dijadikan sampel jualan.

Hamzah, yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), berkata tiada kebocoran daripada jabatan itu.

Selain data MyIdentity, penjual turut mendakwa mempunyai 30 gig data peribadi pengguna laman Sugarbook–yang menghubungkan sugar baby dan sugar baby.

[Baca berita asal]