Skip to main
Logo Malaysiakini

2,124 kes baru, 3 lagi korban Covid-19

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sebanyak 2,124 kes baru Covid-19 dilaporkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah terkumpul jangkitan wabak berkenaan meningkat kepada 4,485,419 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes aktif Covid-19 ketika ini berjumlah 29,789, meningkat 16.8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (892)

Kuala Lumpur (411)

Perak (125)

Pulau Pinang (114)

Melaka (111)

Negeri Sembilan (98)

Kedah (70)

Johor (62)

Sarawak (58)

Sabah (56)

Putrajaya (46)

Pahang (40)

Kelantan (17)

Terengganu (11)

Labuan (7)

Perlis (6)

Tiga lagi kematian akibat wabak itu dilaporkan semalam, di mana dua daripadanya berlaku di luar hospital atau ‘brought in dead’ (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata 4.4 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 6 kematian dilapor dalam tempoh 30 hari lalu.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,633 kematian direkodkan di seluruh negara.

Setakat bulan ini, sebanyak 86 kematian akibat Covid-19 dilaporkan, berbanding 564 kematian pada bulan lepas dan 2,235 kematian pada bulan sebelumnya.

Daripada tiga kematian yang dilaporkan semalam, dua dicatatkan di Selangor dan satu di Melaka.

Sementara itu, sebanyak 1,165 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 35 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Selangor mencatatkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi iaitu sebanyak 130 kes diikuti Johor (100) dan Sabah (74).