Skip to main
Logo Malaysiakini

Kamarul Zaman dipilih kerana pengalaman, kepakaran - PM

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan pegawai khasnya, Kamarul Zaman Yusoff, memiliki pengalaman dan kepakaran yang diperlukan untuk menyandang jawatan itu.

Kata Ismail Sabri pihaknya percaya penganalisis politik itu mampu melaksanakan tugasan dengan baik.

"Dia seorang yang berpengalaman dari segi kepakaran dalam bidang yang kita beri... Saya percaya dia boleh laksanakan tugas sebagai pegawai khas dalam soal dasar.

"Saya pun pilih orang yang saya fikir layak, jadi kalau parti lain memikirkan tidak layak, tidak bermakna (saya) perlu ikut apa yang disebut parti-parti lain, kita telah buat penilaian," katanya.

Perdana menteri mengulas pelantikan Kamarul Zaman sebagai pegawai khasnya ketika ditemui pemberita selepas meraikan Majlis Aidilfitri Badan Perhubungan Umno di Terengganu Equestrian Resort di Kuala Terengganu hari ini.

Beberapa portal berita hari ini membangkitkan isu mengenai pelantikan pensyarah kanan di Pusat Kajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri walaupun memegang jawatan tersebut sejak Dis tahun lepas.

- Bernama