Skip to main
Logo Malaysiakini

MOF Inc mungkin campur tangan bantu Sapura Energy - Laporan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), yang merupakan sebuah entiti di bawah Kementerian Kewangan, mungkin campur tangan dalam membantu Sapura Energy Berhad yang kini menghadapi masalah kewangan.

Majalah perniagaan TheEdge, memetik sumber berkata perbincangan sedang dilakukan berhubung beberapa bentuk "pakej bantuan" termasuk pemberian geran.

Laporan itu berkata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengemukakan cadangan tersebut.

Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini mencadangkan usaha dilakukan kerajaan bagi menyelamatkan firma minyak dan gas itu.

Firma senaraian awam itu mencuri perhatian orang ramai berikutan jumlah pelaburan besar yang telah diserap oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), terutamanya melalui Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Malaysia.

Antara cadangan yang dikemuakan ialah PNB mengepam lebih banyak wang ke dalam Sapura Energy atau pengambilahan dilakukan oleh Petronas.

Bagaimanapun, laporan itu berkata langkah PNB menyelamatkan Sapura Energy akan menjadi tidak popular kerana akan menjejaskan pemberian dividen dalam unit amanah sahamnya.

PNB telah mengepam kira-kira RM2.7 bilion ke dalam Sapura Energy dan kerugian hampir 90 peratus daripada pelaburan apabila harga saham firma itu jatuh.

Laporan itu berkata adalah tidak munasabah Petronas mengambil alih Sapura Energy, yang merupakan salah satu kontraktor syarikat petroleum itu.