Skip to main
Logo Malaysiakini

Ganja perubatan: Tak perlu pandangan populis - exco Melaka

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Setiap pandangan berhubung isu penggunaan kanabis dan kesannya perlulah diberikan dengan fakta dan bukti kajian, bukannya sekadar pandangan yang bersifat populis tanpa data kajian, kata exco kesihatan dan antidadah Melaka Dr Akmal Saleh. 

Dia memetik satu kajian di Amerika Syarikat pada 2017 berkaitan keberkesanan ganja untuk merawat kanser, sawan, penyakit saraf, multiple sclerosis, kecederaan otak traumatik, parkinson, dementia, skizofrenia dan masalah mental lain. 

Bagaimanapun, katanya, hanya kesakitan kronik dan multiple sclerosis spasticity menunjukkan bahawa ganja memberikan kesan.

Bagi penyakit lain, katanya, tiada bukti kukuh keberkesanannya.

“Maka seharusnya satu kajian perlu dilakukan dengan lebih terperinci untuk memastikan ganja ini selamat dan berkesan digunakan untuk tujuan perubatan ataupun sebaliknya,” katanya.

Antara rampasan ganja oleh pihak polis, gambar hiasan

Katanya, kesihatan rakyat bukan boleh diambil remeh dan perkara melibatkan dasar kesihatan memerlukan kajian teliti dan bukan bersifat populis semata-mata.

Akmal berkata kajian perlulah dilakukan untuk membuktikan ganja benar-benar selamat untuk digunakan oleh manusia.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman paling lantang bersuara mengenai isu penggunaan kanabis dalam perubatan. 

Selain bersuara di Dewan Rakyat berhubung isu itu, kelantangannya itu lebih dapat dilihat selepas penyanyi Yasin Sulaiman didakwa atas dua pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama. 

Yasin yang mempunyai penyakit bipolar sebelum in menggesa ganja diluluskan sebagai rawatan alternatif.

Yasin Sulaiman