KJ antara lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah dilantik sebagai seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.
Khairy dilantik bersama-sama calon yang mewakili empat negara lain iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat.
Video pengumuman itu telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan itu kepada media tempatan, malam ini.
Sementara itu Penasihat kepada Menteri Kesihatan Dimishtra Sittampalam dalam ciapannya mengesahkan pelantikan Khairy.
“Khairy akan mewakili wilayah Pasifik Barat yang terdiri daripada 37 buah negara dan mewakili satu perempat daripada populasi dunia,” katanya
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai