Skip to main
Logo Malaysiakini

Peter Anthony didapati bersalah kes dokumen palsu

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Peter Anthony disabitkan bersalah atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), tujuh tahun lepas.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini memutuskan bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah itu gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Mahkamah pada sebelah pagi ini akan mendengar hujahan daripada peguam bela dan pendakwa raya mengenai sabitan hukuman itu.

Hari ini ditetapkan untuk keputusan peringkat pembelaan kes terhadap bekas naib presiden Warisan dan presiden pertubuhan Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang berpangkalan di Sabah.

Pada 14 Dis 2021, Peter, 51, diperintahkan membela diri selepas mahkamah rendah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

[Baca berita penuh]