Dua pembantu kesihatan direman 5 hari kes rasuah urus jenazah
Dua pembantu kesihatan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM15,000 berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.
Perintah reman itu dikeluarkan majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan kedua-dua individu itu sehingga 31 Mei.
Kedua-dua lelaki yang berusia 40 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan menerima rasuah.
Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai