Skip to main
Logo Malaysiakini

Harga minyak susut sedikit selepas kenaikan hampir US$2 setong 

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Harga minyak menyusut sedikit selepas kenaikan hampir US$2 setong - harga tertinggi dalam tempoh dua bulan pada dagangan hari sebelumnya -  disebabkan dolar US lemah, kebarangkalian sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak Rusia serta musim memandu di Amerika Syarikat.

Minyak mentah standard antarabangsa, Brent didagangkan pada US$113.89 setong pada 0704 GMT, susut 0.22 peratus berbanding US$114.14 setong pada sesi dagangan terdahulu, lapor Agensi Anadolu.

Minyak piawaian Amerika, West Texas Intermediate (WTI) pula pada masa sama turut mencatatkan penurunan dengan US$113.77 setong atau rugi 0.28 peratus berbanding harga sebelumnya, US$114.09  setong.

Kedua-dua minyak mentah berkenaan meningkat melebihi US$114 meskipun pakar meramalkan tidak mungkin ada sebarang sekatan rasmi oleh EU terhadap minyak dan gas dari Rusia dalam masa terdekat, dengan beberapa negara mempunyai alasan sah itu menolak usul berkenaan.

Pakar menyatakan sebarang langkah jaminan, akan menjadi lebih sulit dan bakal menyebabkan Rusia terpaksa meningkatkan kos untuk mengeksport minyak mentahnya, suatu yang dilihat memberi kesan yang lebih buruk daripada sekatan lain sebelum ini. 

Kenaikan harga turut dicemari dengan laporan EU yang berunding dengan Israel mengenai prospek mengimport gas asli cecair dari loji Mesir, tindakan yang mungkin mengurangkan pergantungan blok seranau itu terhadap bekalan gas asli Rusia, serta meningkatkan keberangkalian untuk EU mengenakan sekatan terhadap sumber Rusia.

Bagaimana, harga minyak mentah, yang diindeksnya kepada dolar Amerika, menyaksikan beberapa dokongan terutama disebabkan kejatuhan nilai mata wang itu.

- Bernama