Skip to main
Logo Malaysiakini

Doktor kalahkan MP Hulu S'gor - jawatan ketua cabang PKR

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PEMILIHAN PKR | June Leow Hsiad Hui kalah kepada Dr Sathia Prakash Nadarajan

Keputusan awal pemilihan PKR menunjukkan Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui kalah kepada Dr Sathia Prakash Nadarajan bagi jawatan ketua cabang.

Leow merupakan penyandang ketua cabang selama dua penggal memperolehi 1803 undi berbanding Dr Prakash menerima 1903 undi menang dengan majoriti 100 undi. Sementara itu, seorang lagi calon ketua cabang Azizan Zakaria hanya memperolehi 161 undi.

Keputusannya telah dipaparkan di laman sesawang www.pemilihankeadilan2022.com.

Di Kuala Selangor, bekas naib ketua pemuda kebangsaan Thiban Subramaniam dipilih sebagai ketua cabang baru mengalahkan setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Juwairiya Zulkifli dalam pertarungan empat penjuru.

Thiban menerima 719 undi berbanding penyandang jawatan Juwairiya yang memperolehi 681 undi. Dalam pada itu, dua calon lain, Wasanthee Sinnasamy dan Gobu Nadarajah masing-masing mendapat 646 dan 537 undi.

Sementara itu, di Kota Raja anak bekas naib presiden PKR Xavier Jayakumar, Sangetha Jayakumar kalah bagi jawatan ketua cabang dimenangi oleh Adun Sentosa Gunarajah George.

Gunarajah mendapat 2,709 undi menang berbanding Sangetha 1,691 menang dengan majoriti 1018 undi.