MB Selangor tewaskan Farhash
PEMILIHAN PKR | Menteri Besar Selangor Amirudin Shari telah menewaskan bekas pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Murbarak dalam persaingan merebut jawatan ketua cabang PKR Gombak.
Untuk rekod, kerusi parlimen Gombak dimenangi dalam tiga pilihan raya lepas oleh bekas presiden PKR Azmin Ali yang berpaling tadah dalam Langkah Sheraton.
Amiruddin tidak berpaling tadah bersama Azmin, sebaliknya kekal sebagai menteri besar Selangor tetapi cabaran Farhash dilihat sebagai langkah untuk menyingkirkannya. Amirudin meraih 1,858 undi berbanding Farhash yang mendapat 1,215 undi.
Secara keseluruhannya, saingan hangat untuk jawatan timbalan presiden PKR di Selangor menyaksikan bekas ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli lebih jauh mengatasi Saifuddin Nasution Ismail dengan 24,792 undi berbanding 20,538 undi.
Majoriti 4,254 yang diraih Rafizi tidak termasuk undi di Bangi. Rafizi sebelum ini memperoleh 2,427 undi berbanding Saifuddin 1,468 undi di Melaka.
Secara keseluruhannya di Selangor, Fahmi Zainol yang termasuk kem Rafizi sedang mengekori Adam Adli dalam perebutan ketua pemuda parti. Adam mendapat 6,086 undi berbanding Fahmi 4,629 undi.
Begitu juga Senator Fadhlina Sidek memperoleh 10,155 undi dalam perebutan ketua Wanita PKR manakala
Rodziah Ismail mendapat 9,155 undi.
Empat tempat teratas dalam pemilihan naib presiden PKR bagi negeri Selangor dimenangi Amirudin, Farhash, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar dan MA Tinagaran.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai