Vaksin saja tak cukup melawan Long Covid - Penyelidik
Satu kajian besar-besaran yang dijalankan mendapati vaksinasi Covid-19 hanya dapat mengurangkan risiko gejala Long Covid secara sederhana selepas jangkitan terobosan, termasuk risiko kematian dalam beberapa bulan selepas pulih daripada jangkitan awal.
Penyelidik yang terlibat dalam kajian itu memberi amaran bahawa ini bermakna kebergantungan kepada vaksinasi sahaja untuk melindungi diri daripada Covid-19 tidak mencukupi untuk mengurangkan kesan jangka panjang penyakit itu.
Menurut mereka langkah-langkah tambahan diperlukan, seperti mencegah jangkitan daripada berlaku terlebih dahulu.
“Keputusan ini menunjukkan bahawa, walaupun vaksinasi boleh mengurangkan sebahagian risiko kematian dan penyakit selepas akut, untuk mengurangkan beban ni secara optimum memerlukan penekanan berterusan terhadap pencegahan utama jangkitan SARS-CoV-2 sebagai matlamat dasar kesihatan awam.
“Walaupun kadarnya lebih kecil berbanding mereka yang dijangkiti SARS-CoV-2 tanpa vaksinasi terlebih dahulu, memandangkan skala pandemik dan potensi kes terobosan untuk terus terkumpul, kematian dan penyakit selepas jangkitan terobosan mungkin menjadi besar, menambahkan lagi korban akibat wabak ini dan akan menambahkan tekanan kepada sistem kesihatan yang sudah lelah.
"Dalam perancangan dan pembangunan sumber kesihatan, kerajaan dan sistem kesihatan harus mengambil kira keperluan penjagaan individu yang mengalami gejala selepas akut selepas jangkitan terobosan," tulis penulis kajian itu.
Jangkitan terobosan merujuk kepada jangkitan Covid-19 yang berlaku walaupun setelah diberi vaksin sepenuhnya.
Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Nature Medicine pada 25 Mei.
Walaupun sebahagian besar pesakit Covid-19 sembuh, sesetengah mereka masih memiliki gejala berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya setelah jangkitan awal.
Kajian terbaru itu mengkaji apakah vaksin dapat mengurangi terjadinya gejala Long Covid-19 setelah jangkitan Covid-19.
Untuk itu, pasukan berkenaan menganalisis pangkalan data kesihatan Jabatan Hal Ehwal Veteran AS dan mendapati 33,940 orang yang mendapat vaksin lengkap dan kemudian dijangkiti Covid-19 antara 1 Januari 2021 dan 31 Oktober 2021, bertahan selama 30 hari pertama selepas jangkitan.
Mereka ditindaklanjuti enam bulan setelah jangkitan dan dibandingkan dengan jutaan pesakit lain dalam pangkalan data, mengambil kira perbezaan dalam faktor-faktor seperti usia, kaum, keadaan kesihatan sebelumnya dan kadar kemasukan hospital.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai