Skip to main
Logo Malaysiakini

Usahawan tani: Jagung bijirin boleh hasilkan pendapatan lumayan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Seorang pengusaha tanaman jagung bijirin berharap lebih banyak pelaburan daripada syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dalam mengusahakan tanaman untuk dijadikan sebagai makanan ternakan.

Ini susulan peningkatan harga makanan haiwan yang sekali gus meningkatkan harga haiwan ternakan seperti ayam.

Merujuk negara jiran Indonesia yang mampu menghasilkan ladang jagung bijirin bagi mengekalkan permintaan makanan ternakan, Ramana K Naidu berkata pelaburan dalam penanaman jagung bijirin boleh menghasilkan keuntungan bersih sehingga 20 peratus.

Menurut usahawan tani itu, harga makanan haiwan melonjak sebanyak 217 peratus daripada RM900 setan tahun lepas kepada RM1,950 setan pada masa ini.

"Kita memerlukan GLC dan syarikat senaraian awam untuk melabur dalam industri pertanian ini bagi meningkatkan hasil pertanian dengan mesin berteknologi tinggi dan berasaskan data," kata Ramana.

Pengasas dan ketua pegawai operasi kumpulan Famox Group of Companies itu berkata, penanaman jagung bijirin memerlukan tanah yang luas untuk penghasilan yang menguntungkan berbanding tanaman secara tradisional.

Ramana’s Famox Plantation (M) Sdn Bhd mengusahkana ladang jagung bijirin terbesar di Malaysia di atas tanah seluas 323.7 hektar di Kedah.

[Baca berita penuh]