Skip to main
Logo Malaysiakini

BN perlu sokong transformasi politik, tolak politik naungan - penganalisis

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Penganalisis politik berpendapat BN sewajarnya menyokong transformasi politik dan membuang “persepsi toksiknya” dengan menolak politik naungan.  

Menurut penganalisis politik, Umno khususnya harus melakukan pembaharuan, penjenamaan semula, dan meletakkannya sebagai parti yang berintegriti untuk membangkitkan keyakinan orang ramai dalam jangka masa panjang. 

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan memberi amaran kepada gabungan itu supaya tidak boleh leka sebagai parti pemerintah, sambil menyuarakan kebimbangannya bahawa BN dikaitkan dengan gila kuasa dan korup. 

Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Awang Azman Awang Pawi berkata Umno tidak seharusnya tunduk kepada politik naungan yang dibawa oleh gabungan politik lain.

Awang Azman Awang Pawi

"Satu lagi cara untuk menangani reputasi toksik ialah tidak tertakluk kepada perkara yang dibawa oleh perdana menteri terdahulu dengan memberikan jawatan kabinet kepada pemimpin Umno, yang akhirnya memecahbelahkan parti," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Persepsi toksik dalam gabungan itu dimaksdukan berikutan terdapat percubaan untuk menaikkan hierarki kepimpinan Umno oleh parti lain yang mempunyai sekutu dalam Umno, katanya tanpa menamakan Bersatu - parti bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin. 

"BN perlu bergerak ke hadapan dengan idea-idea segar dan penyelesaian yang sepatutnya. Contohnya, mereka perlu mengeluarkan idea untuk menangani cabaran ekonomi semasa," kata Awang Azman.

Dia juga menegaskan bahawa BN telah gagal menggunakan media sosial sebagai komunikasi politik dan meningkatkan sokongannya.

"Hanya segelintir pemimpin BN yang menggunakan media sosial. Ini merupakan satu senjata ampuh, bukan hanya untuk menyampaikan kenyataan, hujah, pendirian atau aktiviti. Cuba kita lihat kesan media sosial (di mana terdapat) ribuan ‘likes’ (tanda suka) atau komen yang boleh didapati,” katanya.

“BN dilihat lebih defensif dan tidak melakukan serangan, menyerang musuh politiknya dengan fakta,” tambahnya.

Muka lama perlu berundur  

Sementara itu, penganalisis politik Phoon Wing Keong berkata Umno dan BN perlu mendesak ke arah reformasi institusi untuk menjenamakan semula gabungan mereka.

“Penjenamaan semula BN bergantung kepada penjenamaan semula dan evolusi Umno.

Phoon Wing Keong

"Dalam jangka masa pendek, Umno mahu kembali berkuasa dan berhasrat untuk memerintah selama mungkin. Mereka mungkin menyentuh isu etnik dan agama. Tetapi dalam jangka masa panjang, mereka perlu melakukan pembaharuan dan menyokong reformasi institusi.

"Umno sepatutnya bertindak balas terhadap kemajuan sosial dan menerima pendekatan yang sederhana dalam politik. Selain itu, kuasa lama dalam parti (harus) berundur secara beransur-ansur. Barulah ia boleh melakukan penjenamaan semula," kata Phoon.

[Baca berita penuh]