Zahid kaya, mungkin tak terasa dengan kos hidup - Pemuda Amanah
Tindakan presiden Umno Zahid Hamidi menggesa pilihan segera merupakan tindakan biadab kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Pemuda Amanah.
Naib ketuanya Abbas Azmi berkata Seri Paduka pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 bertitah agar semua pihak tidak meletakkan masa depan negara dan rakyat sebagai taruhan dalam percaturan politik untuk mencapai agenda tertentu.
“Masalah rakyat hari ini ialah bebanan kos barangan harian melampau.
‘Masalah kenaikan harga dan juga bekalan makanan terhad sepatutnya menjadi keutamaan sebenar kerajaan ketika ini dan bukannya pilihan raya,” katanya.
Zahid Konvensyen BN di ibu negara pada 1 Jun lalu sekali lagi melobi supaya pilihan raya umum diadakan segera.
Katanya, pilihan raya umum ke-14 sudah empat tahun berlalu dan pilihan raya seterusnya boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun semalam berkata kuasa untuk membubarkan parlimen dan mengumumkan tarikh baru bagi pilihan raya umum (PRU) terletak pada Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, walaupun perdana menteri menasihati Agong untuk membubarkan parlimen, tetapi salah daripada segi perlembagaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya akan datang.
Dalam kenyataan hari ini, Abbas juga berkata kenaikan mendadak kadar inflasi makanan 4.1 peratus adalah di luar kawalan dan sangat menekan rakyat.
“Bak kata pepatah ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ itulah yang sesuai untuk digambarkan nasib rakyat ketika ini,” katanya.
Sementara itu, dia juga menyindir Zahid dengan berkata dia mungkin tidak terkesan dengan situasi hari ini “kerana beliau seorang yang kaya raya”.
“Biarpun ayam, daging, sayuran dan lain-lain makanan asas harganya naik 100 peratus pun beliau tidak akan merasa apa apa.
“Tetapi, bagaimana dengan nasib rakyat B40? Kais pagi makan pagi kais petang makan petang?” soalnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai