BN Selangor tamatkan khidmat Isham sebagai ketua penerangan
BN Selangor menamatkan khidmat ketua penerangan, Isham Jalil, berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu dimaklumkan Isham selepas satu surat dikeluarkan oleh Setiausaha BN Selangor Mohamad Satim Diman bertarikh 3 Jun lalu.
Menurutnya, berdasarkan surat tersebut ia kerana jawatan ketua penerangan BN negeri tidak termaktub di dalam perlembagaan gabungan berkenaan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai ketua penerangan BN Selangor.
"Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Tambah Isham, dia tetap akan bantu sebaik mungkin dengan apa yang termampu walaupun tanpa apa-apa jawatan, dan berjuang sebagai ahli biasa seperti sebelum ini.
"Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita. Sekiranya kita ikhlas, istiqamah dan sabar, Allah akan bantu dan berikan kita kejayaan demi masa depan negara dan anak cucu kita semua, Insya-Allah," katanya.
Tidak pasti jika penamatan perkhidmatan itu ada kaitan dengan beberapa kenyataan ulasan Isham yang didakwa tidak sealiran dengan pemimpin atasan tertentu, terutamanya dari Selangor.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai