'Belum ada jangka waktu kuat kuasa mansuh hukuman mati mandatori'
Kerajaan belum menetapkan sebarang jangka waktu bagi menguatkuasakan pemansuhan hukuman mati mandatori yang telah dipersetujui.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata banyak perkara perlu diperhalusi terlebih dahulu termasuk cadangan menubuhkan satu tribunal untuk mengkaji kes yang sudah dijatuhi hukuman itu oleh mahkamah.
“Dari sudut keperlembagaannya, perlu diteliti oleh pihak AG (Peguam Negara) dan kementerian saya kerana kalau bercanggah dengan perlembagaan, ia tidak dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.
Dia berkata demikian bagi menjelaskan kenyataan medianya hari ini yang memaklumkan persetujuan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Wan Junaidi semasa mesyuarat jemaah menteri pada 8 Jun lepas.
[Berita lanjut menyusul]
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai