Paling kurang tujuh bom meledak di Narathiwat
Pengebom meletupkan sekurang-kurangnya tujuh butir bom di dua lokasi di Narathiwat di selatan Thailand pagi Jumaat, tetapi tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Narathiwat, Pol Mej Jeneral Waesamae Salae berkata dalam kejadian pertama pada 7.30 pagi (waktu tempatan), empat bom jangka buatan sendiri meletup di tepi jalan di Jalan Yingo-Raman.
Kira-kira sejam kemudian, tiga bom yang diletakkan di tepi jalan meletup berhampiran lokasi letupan pertama.
“Skuad pemusnah bom mengambil masa kira-kira lima jam untuk memeriksa dan membersihkan tempat kejadian,” katanya pada sidang media semalam.
Media tempatan melaporkan Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (Pulo) dipercayai bertanggungjawab terhadap serangan itu, berikutan diketepikan daripada perbincangan antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) untuk menamatkan konflik bersenjata di selatan Thailand.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai