Gunung berapi Filipina meletus lagi dalam seminggu
GLOBAL | Gunung berapi setinggi kira-kira 600 kilometer(km) di tenggara ibu negara Filipina kembali memuntahkan debu pada Ahad, seminggu selepas kejadian sama yang mendorong pihak berkuasa menaikkan tahap amaran kepada satu dan memindahkan penduduk ke tempat selamat.
Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina memaklumkan pihaknya mengesan satu lagi letusan melibatkan gunung berapi Bulusan di wilayah Sorsogon pada 3.37 pagi Ahad, lapor Xinhua.
"Letusan itu berlaku selama 18 minit berdasarkan rekod seismik, tetapi tidak kelihatan dalam monitor kamera," menurut institut itu.
Pada 5 Jun, pihak berkuasa telah memindahkan lebih 200 penduduk yang tinggal berhampiran selepas ia mengeluarkan kepulan asap setinggi satu km.
Tahap amaran gunung berapi itu kekal satu pada skala lima, bermakna gunung berapi itu masih "berbahaya."
Institut itu menggesa orang ramai supaya menjauhi "zon bahaya" sepanjang empat km dan menasihatkan juruterbang supaya tidak melakukan penerbangan dekat dengan puncak gunung berapi.
Gunung berapi Bulusan merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina.
Pada Januari 2018, gunung berapi itu memuntahkan abu setinggi kira-kira 2.5 km.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai