Skip to main
Logo Malaysiakini

Sultan: Jangan sebut Projek Kerajaan Barisan, Perikatan...

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa baginda mahukan kerajaan negeri bergerak tanpa kepentingan politik.

Baginda turut bertitah agar pelantikan ketua kampung tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Selain itu, pelantikan ahli majlis tempatan hendaklah mengambil kira taraf pendidikan, kepakaran dan pengalaman kerja, bukan mengikut jawatan parti politik.

Baginda bertitah, tugas mereka adalah untuk memberikan pandangan sahaja, bukan untuk mengaut kontrak kerja.

“Saya mahu kerajaan negeri bergerak tanpa kepentingan politik. Oleh itu, segala projek kerajaan hendaklah disebut sebagai Projek Kerajaan Johor, bukannya Projek Kerajaan Barisan, Perikatan atau yang lain-lain.

“Bantuan oleh kerajaan juga hendaklah dibuat melalui jabatan kerajaan, pejabat daerah, penghulu dan ketua kampung supaya ia tidak berbau politik,” titah sultan seperti laporan disiarkan di Facebook baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat pada majlis perasmian pembukaan penggal persidangan pertama Dewan Negeri Johor ke-15.