Skip to main
Logo Malaysiakini

Kenyataan setiausaha PAS Selangor tak tepat - istana

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kenyataan Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir berkaitan pertemuan Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi dengan sultan selangor adalah tidak tepat, kata istana.

Laporan itu antaranya memetik Roslan sebagai berkata baginda ingin tahu pendirian mereka berkaitan Bon Odori dan mereka memberikan pandangannya.

“Adalah ditegaskan bahawa kenyataan ini adalah tidak tepat sama sekali dan tidak sebenarnya berlaku ketika Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Ahmad Yunus Hairi menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada tarikh berkenaan,” kata Mohamad Munir.

Bagaimanapun, kata setiausaha sulit kepada sultan Mohamad Munir Bani, Tuanku hanya menyatakan pendirian tidak menyekat festival Bon Odori yang pada pandangan baginda hanya berunsur kebudayaan.

“Baginda juga tidak menghalang mana mana orang Islam untuk menghadirinya sehinggalah satu kajian mendalam dilakukan terhadap festival berkenaan sama ada ianya berunsur keagamaan atau kebudayaan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam,” katanya.

Laporan kenyatan itu disiarkan kali pertama oleh New Straits Times dua hari lalu, dan kemudian dilaporkan oleh beberapa media termasuklah FMT.