Skip to main
Logo Malaysiakini

MP pertahan pakaian penari dalam acara Gawai

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Anggota parlimen Bintulu Tiong King Sing mempertahankan pemakaian penari dalam persembahan tarian semasa majlis makan malam Hari Gawai, 11 Jun lalu.

Dia yang hadir dalam majlis itu berkata penari mempersembahkan tarian bertemakan koboi.

Katanya, hadirin juga tiada masalah dengan persembahan yang menggabungkan “elemen tarian pelbagai budaya” itu.

“Ini bukan kebogelan. Saya tidak faham sama sekali kenapa penari-penari ini dimangsakan,” katanya.

Tiong King Sing

Majlis tersebut dianjurkan Parti Progresif Demokratik (PDP) cawangan Bawang Assan.

Tiong ialah presiden PDP dan Adun Dudong, kawasan berhampiran Bawang Assan.

Segelintir netizen mempertikai mengenai persembahan tarian itu yang dikatakan seperti k-pop.

Kongres Dayak kecam

Presiden Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) Paul Raja mengkritik persembahan itu yang disifatkannya sebagai  "tarian kotor" dan "mencemarkan" kesucian Gawai serta menuntut pihak berkenaan memohonan maaf.

“Gawai disambut oleh masyarakat Dayak - Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu - sebagai perayaan kesyukuran kepada Tuhan atas nikmat, kesihatan, dan kemakmuran yang dikecapi masyarakat sepanjang tahun lalu.

Paul Raja

“Sama ada di rumah panjang atau di kawasan bandar, sambutan Gawai dilakukan secara hormat, keramat, dan kesungguhan bersama-sama dengan kegembiraan dan kemeriahan.

“Persembahan tarian yang mencolok mata dan berunsur seksual tidak pernah pernah menjadi sebahagian daripada sambutan Gawai,” katanya.

[Baca berita asal]