Skip to main
Logo Malaysiakini

1,690 kes baru Covid-19, sifar kematian

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melaporkan 1,690 kes baru Covid-19 semalam.

Kes aktif kini berjumlah 25,944, meningkat 20 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (748)
Kuala Lumpur (287)
Perak (95)
Sabah (93)
Pulau Pinang (92)
Negeri Sembilan (84)
Johor (56)
Melaka (53)
Putrajaya (51)
Sarawak (48)
Kedah (36)
Pahang (19)
Kelantan (16)
Terengganu (7)
Perlis (3)
Labuan (2)

Kementerian Kesihatan tidak melaporkan sebarang kematian berkaitan Covid-19 semalam.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata di Twitter bahawa kali terakhir sifar kematian dilaporkan adalah pada 18 Dis 2020.

Bulan ini menyaksikan 56 kematian Covid-19 dilaporkan. Terdapat 129 kematian seperti itu dilaporkan bulan lalu dan 564 pada April.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,732 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 1,000 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital di mana 23 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi semalam dicatatkan di Selangor (128) diikuti Johor (78) dan Sabah (60).

Ini adalah kali pertama jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital mencapai paras empat angka sejak 27 Mei.

Walau bagaimanapun, bilangan pesakit di ICU secara amnya kekal stabil.