Skip to main
Logo Malaysiakini

Zuraida: Tiada pertemuan empat mata dengan PM

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan dia dijadual bertemu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini, sebelum mesyuarat kabinet.

“Saya belum dapat janji temu,” katanya kepada Malaysiakini.

Zuraida turut memaklumkan Malaysiakini bahawa dia menghadiri mesyuarat kabinet hari ini seperti yang dijadualkan.

Terdahulu pagi ini, Sinar Harian dan Berita Harian melaporkan Zuraida dijadualkan bertemu Ismail Sabri sebelum mesyuarat kabinet.

Kedua-dua laporan itu tidak memetik sebarang sumber.

Jawatan Zuraida dalam kabinet Ismail Sabri menjadi persoalan selepas dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Bersatu bulan lalu.

Zuraida kemudiannya menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan bersedia untuk memimpin parti itu.

Bersatu yang juga komponen kerajaan campuran Ismail Sabri, telah menuntut kuota kerusi parti itu disandang Zuraida ketika ini.

Bagaimanapun selepas hampir sebulan selepas Zuraida keluar dari Bersatu, Ismail Sabri masih belum membuat serbarang rombakan Kabinet.

Untuk rekod PBM mempunyai tiga ahli Parlimen dan semua mereka menyokong Ismail Sabri sebagai perdana menteri.