Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak 6.30 pagi tadi menyebabkan air dari sungai dan parit melimpah ke rumah penduduk di kawasan rendah.
Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan antara kawasan terjejas Taman Rambai Indah, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Jaya dan Tanjung Minyak.
“Selain itu, kawasan lain yang turut dilanda banjir kilat ialah Kampung Pengkalan Rama Pantai, Rumah Awam Pantai Peringgit, Taman Desa Molek dan Kampung Padang Bukit Lintang.
“Bagaimanapun, setakat 8 pagi tiada pusat pemindahan dibuka,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menyelamatkan enam sekeluarga termasuk seorang pesakit kanser yang terlantar sakit selepas rumah mereka di Jalan Bukit Senjuang dinaiki air.
Jurucakap JBPM Melaka berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dikerah di lokasi.
“Kesemua mangsa telah dibawa keluar dan ditempatkan di rumah jiran yang berhampiran,” katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai