Skip to main
Logo Malaysiakini

Krisis Myanmar: Pelapor khas PBB puji k'jaan Malaysia

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar, Thomas Andrews, memuji Menteri Luar, Saifuddin Abdullah yang telah mencadangkan konsensus lima perkara Asean.

Dia berkata Saifuddin telah menggesa Asean untuk beralih daripada dasar "tidak campur tangan" kepada dasar 'kepedulian."

Andrews berkata Malaysia melalui percakapan dan tindakan Saifuddin, menggesa Asean untuk meneliti semula dasar semasanya mengenai Myanmar.

Setelah menghabiskan seminggu di negara ini bagi bertemu pihak berkepentingan, Andrews memberitahu sidang akhbar pada Khamis lalu bahawa Malaysia adalah negara anggota Asean pertama yang mengalu-alukannya.

Andrews berkata dia mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan pegawai kerajaan Malaysia, ahli parlimen, pemimpin masyarakat sivil dan masyarakat Myanmar yang telah melarikan diri daripada keganasan dan penganiayaan tentera Myanmar.

“Objektif utama misi saya adalah untuk mengumpul maklumat mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar dan lebih memahami tindak balas Malaysia dan Asean terhadap krisis itu,” katanya.

Bagaimanapun, Andrews tidak dapat bertemu menteri dalam negeri atau wakil daripada kementerian itu.

"Kami mencuba untuk pertemuan tetapi tidak dapat mengadakan pertemuan," katanya.

[Baca berita penuh]