Skip to main
Logo Malaysiakini

2,512 kes baru Covid-19, tiga kematian

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 2,512 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul jangkitan wabak berkenaan meningkat kepada 4,552,359 kes.

KKM juga merekodkan tiga lagi kematian baru semalam.

Menurut data KKM, jumlah kematian akibat wabak itu kini adalah seramai 35,745 orang.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur (796)

Selangor (732)

Pulau Pinang (176)

Sabah (170)

Negeri Sembilan (149)

Perak (135)

Johor (69)

Sarawak (55)

Melaka (54)

Putrajaya (51)

Pahang (38)

Kedah (37)

Terengganu (20)

Kelantan (19)

Perlis (7)

Labuan (4)

Kes aktif berjumlah 28,247, meningkat 24.4 peratus berbanding 14 hari lalu.

Tiga kematian baru direkodkan di Melaka (2) dan Kuala Lumpur (1). Dua daripadanya dikategorikan sebagai kematian yang berlaku di luar hospital (brought in dead).

Sebanyak 69 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini berbanding 129 kematian pada bulan lepas dan 564 kematian pada April.

Sementara itu seramai 1,026 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 34 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (181) diikuti Johor (79) dan Sabah (70).